Sunday, January 29, 2012

catatan nakal saya untuk pautan Hamba Allah

Oooohhh ya… dalam tugasan sebagai wakil guru ini ada masanya saya telah mempamirkan kelemahan dan seakan-akan ada percanggahan dengan yang lain di tempat yang lain. Itu saya sangat-sangat ambil tanggungjawab. Sebab maksudnya seperti penerangan saya terdahulu… kaedah dan taktik penyampaian saya hanya ini berkuat kuasa dan diguna pakai untuk saya. Dan saya amat berharap jangan ada yang menjadikan nya sebagai hujah dan di jadikan penyanggah bagi mana-mana tempat di dunia ini.

Apa yang sering saya nyatakan hanyalah sebagai antara perbandingan dan ambillah iktibar darinya. Yang bermanafaat ada baiknya dicontohi dan yang tak ngamnya sesuailah untuk di tong sampahkan.

Dan berkaitan dengan pautan yang di letakan oleh Sang Hamba Allah di sebalah itu. Terima kasih kerana mengingatkannya. Saya rasa saya dah ada sentu benda ini dalam catatan lama. malas pula saya nak cek betul atau tiada, tapi Jadi kali ini saya akan mengulasnya mengikut kenakalan saya.

Saya sendiri pun sampai sekarang tertanya-tanya pasal Fatwa yang tidak diwartakan ini, macam mana boleh fatwa yang tidak diwartakan boleh diperolehi dan di pamerkan pula? Benda begini bukan termasuk maklumat terperingkatkah?

Secara nakal barangkali kita bolehlah berpeluang untuk saman pewarta fatwa yang tidak diwartakan ini? Tapi Kena Tanya dulu juga si pewarta ini. Sebab kenapa fatwa ini tidak di wartakan sehingga sekarang? Secara nakal kalau saya yang menjawabnya. Mungkin penyimpan mohor tidak berani letak Cop mohor untuk sah lakulah warta ini. Siapa berani oooooooooo

Secara nakal saya juga akan kata perwarta fatwa yang tidak diwartakan ini, ada maksud di sebaliknya sehingga sanggup tidak menunggu sehingga fatwa ini boleh di wartakan. Ini cerita lamalah kawan… tahun 1976 itu sudah berlalu, situasi pada masa itu dan berhadapan dengan siapa. Kami ada versi untuk penerangan ini di majlis kami. Untuk pamer-pamer di tulisan, minta maaflah…. kami tak menjual..

Kemudian 1984 boleh pula didaftarkan secara sah. Proses pendaftaran ini pun bukan alang kepalang untuk mengusahkan dan mengurusnya. Banyak masa dan tenaga material yang di sumbangkan oleh penyumbang untuk membantu yang di hormati Yang dipertua Abjad Malaysia. Antara punca masalah yang di alaminya ini ialah adalah pihak yang mengandalikan bahagian ini,( minta maaflah kasar sedikit), tidak memahami dan tidak mengerti benda yang di kandalikanya. Contolah macam kita sorong Al- Quran pada orang yang tidak kenal huruf dan tanda barisnya lah.

Mungkin Sebagai catatan nakal juga. Untuk pengatahuan akhirnya pihak yang menguruskan bahagian ini meletakan syarat sebelum pertubuhan ini di daftarkan secara sah kenalah perlu dirinya di Bai’ah kan dahulu. Masyah Allah, subahan Allah adakah ini pun bentuk rasuah juga….. hidayah allah swt. wallahualam

Tuesday, January 17, 2012

lapang-lapang hujung minggu.. terfikirlah diri

Cuti hujung minggu yang lapang, belum ada sebarang aktiviti dirancang mula di laksanakan,kelmarin pagi pun,saya tidur melebihi batas,selapas tidur sepuas-puasnya, saya baru mengalihkan kereta dan baru punggah masukkan ke dalam rumah sewa segala barang yang ada dalam bonet kereta. Lebih kurang lima kali juga saya berulang-ulang mengambilnya. Saya sangat jarang ada minat untuk mengemas kini kini apa barang yang ada di dalam bonet kereta, ala-ala gaya macam stor jugalah….sampah sarap ni..

Semua jiran hairan dengan bonet kereta saya, apakah jadah barang kamu simpan ini? Banyak sangat tu…, ohhh “ Saya dengan penuh bermega menjawab, ini semua barang saya dari tempat kerja… saya dah di pindahkan”. Kawan atu pula. Yang mengeluh.. Tak habis-habis lagikah perpindahan kamu tu? Saya “ jawab entalah….. saya ikut perintah saja ani.”

Kawan atu lagi bertanya. Pindah di mana? Naik Pangkat kah? Pindah Sekolah lama, sama serupa saja bah.. guru biasa. Jawab saya. Kawan atu bertanya lagi jauh atu…. Kamu minta pindah kah? Saya jawab jauh memang jauh, bukan juga saya minta pindah mereka yang tukarkan saya. Nasib saya lah ani.

Esok saya akan mula bertugas di tempat baru, cepat betul benda ini terjadi, boleh dapat arahan mulut sahajakah????, hari Selasa orang lain dah lebih dahulu tahu dari empunya diri,heboh dah saya bertukar, apa tidak tenganga saya di Tanya-tanya rakan-rakan,langsung tak ada memo pun, laaa petang hari Khamis barulah sah ada surat arahan bertukar, tapi saya diarah di suruh sendiri mengambil surat itu lagi...., oiiiiiiii apakah jadah…. apa punya skil keraja begini. Surat baru sehari hanya, hampir setarap notis 24 jam, selalunya surat atu memang tidak bagi peluang untuk merayu. Tak apalah ini hari saya, kamu pun ada harinya juga.

Lapang-lapang hari ahad ini, saya mencuba membuka membaca kitab Al-Quran yang rasa-rasanya lama saya tidak menyentuhnya. Rindu juga mahu menyambung bacaan, baru Juz 25. Astagfirullah hal azim sangat amat terkejut saya, kerana tamat kontrak dua tahun pertama saya, rupanya saya baru sampai membaca setakat ini, subahan Allah.

Sejak di lantik ke jawatan kontrak ini, begitu sibukah saya? Begitu lalaikah saya? Benda apa lagi yang membelengu? Sehingga semalas begini… Sehingga selemah begini…

Masa mula bertugas balik dari bercuti hujung tahun itu,saya ada juga menyambung bacaan mungkin tertambah selambar dua sahaja dan saya ada terniat nak qatamkan bacaan ini sebelum balik bercuti tahun baru cina. Cuma belum lah pula saya terfikir dan terlintas di hati yang bacaan saya ini adalah sambungan bacaan saya yang saya telah mulakan sedari dua tiga tahun lepas lagi….

Bukan jua nak menyenaraikan diri lah…,sengaja kenang-kenangkan kisah masa muda mudi dulu,sejajal-jajal mana pun saya, biasanya dalam setahun saya dapat qatam bacaan al-quran ini paling kurang empat kali, dan sewaktu serajin-rajin saya, pernah juga saya qatamkan bacaan al-quran ini dalam seminggu sahaja. Tapi itu dulu….. ekkkkkks

Zaman persekolah di pondok memang susah lagilah susah dicabar,tak boleh chalengge lah… tahap Gaban, Dewa dewi.. terutama masa baca jaga Jenezah hingga ke atas Kubur, purata satu juz itu empat puluh minit lah saja baca…. Dan kalau saya yang hendel itu tugasan. saya akan chagge RM10.00 sejam. Kami pernah dapat tugasan yang paling lama, uuuuuuuui kami berkampong selama seminggu tapi masa itu chagge nya hanya RM7.00 sejam saja dan berbahagi dengan sepuluh orang kawan dan ada potong sumbangan untuk sekolah.

Time tu Saya pun antara yang boleh qatamkan satu juzz itu dalam empat puluh minit. Bacaan saya tidaklah lawa atau secantik saya. gaya bacaan... saya meniru kaedah taranum murattal dan pada masa itu jarang-jaranglah sangkut atau semput. Bunyi tajwid tak sampai tidaklah di kisah sangat, langsung saya tidak reti bab taranum mujawwad, Cuma makhraj dan panjang pindek itu tuan guru saya mengaji lebih utamakan. Lagi pun lidah gergasi bah… orang tua liat betul menyebut.

hari ini Saya mula membaca selapas menikmati minuman panas dari jenama yang ada di iklankan di TV. Saya mulai cuba membaca menyambung bacaan yang dah begitu lama saya tinggalkan. Al-quran yang saya guna pakai ini adalah hadiah orang semasa saya menghadiri bacaan Qatam Al-quran sempena Kenduri Arwah di Sungai Butun. Masa itu saya sedang bertugas di tempat yang saya mula bertugas esok…

hari yang Agak menduka cita kan, bacaan saya semakin teruk, liat lidah dan mulut untuk mengambil makhraj yang betul. Saya hilang kekuatan untuk menghabiskan walau sehelai dua muka Cuma. Ayat pertama yang saya baca perlu saya ulang sehingga sepuluh kali untuk dapat mengurangkan tersekat, tersangkut dan semput, sesak nafas. Belum lagi tajwidnya.. kelancaran bacaan saya sudah hilang… lahjah Arabnya jangan tanyalah…
takanlah hanya pasal minum minuman panas ini?

Terasa juga mahu menyalahkan minuman yang kebiasaan saya ambil minum!!! Ada pengaruhkan kah minuman kegemaran saya ini? Lidah kelat tergeliat bila hendak mengambil stating.. adoi payahnya!!!

Dulu kala guru saya mengaji, saya anggap sangat-sangat kejam juga lah, kerana saya amat jarang di naikan bacaan dalam seminggu. Semuka muka surat itu mungkin saya mengambil masa berbulan-bulan untuk melangkaunya. Sekarang baru saya berakal.. Memanglah kalau Lidah gergasi dan tiada ampus pun boleh jadi semput, dah laa buta baris pun ada.

Semuka muka surat itu di bahagi dua. Separuhlah kan? Hari-hari saya hadir mengaji. tolak hari jumaat kerana hollday. Selama tujuh tahun mengaji saya hanya sempat sampai ke Juzz sebelas sahaja, ada Sembilan belas lagi… tak Dan menyambung kerana ingin sangat balik kampong, saya segera balik kampong kerana takut termakan pujuk dikawinkan oleh keluarga angkat dengan Anak mereka ataupun pilihan mereka,dah ada yang merisik diri, bukan tak sudi… tapi saya juga masih ada kedua ibu bapa yang perlu di pohon restu.

Maka barangkali di sinilah saya ada kesilapan dan kesalahan, Kerana telah menguris hati-hati yang orang mulia, orang-orang budiman dan orang-orang dermawan. maka dengan setulus kasih semanis bicara, saya hamparkan harapan maaf dan ampunkanlah perbuatan saya itu.

Demikian jua mereka-mereka yang ada tersimpan di hati ini,saya gagal memahami anda dan saya lambat menyedarinya. saya berhadapan dengan anda pada pernampilan yang ada. akhirnya peluang yang telah ada itu,mematangkan dan saya amat mensyukurinya.

Cabaran Selama saya belajar mengaji dengan tuan guru ini, Separuh muka surat itu kalau sangkut jaranglah ada keampunlah boleh ada budi bicara dari tuan guru ini untuk membolehkan naik bacaan. Tunggulah disitu esok masih disana. Hari lusa masih ulang yang sama. Tulat hampir putus harapan tak mahu hadir mengaji. Sampai tahap atu….. Inilah akibatnya kalau lidah ultramen.

Sayangnya bila kaedah ini saya praktikan dalam pengajaran saya. Nauzubillah apa yang jadi??? Hari ini datang sepuluh orang. Esok seorang pun tidak mahu datang… genarasi dah berubah? Penyampaian pun berubah, bodoh tahap lembu pun terpaksa di naikan kalau tidak…. Hemmmmpppppp hilang motivasi.

Apa pun itu sebenarnya Hidayah anugerah Allah swt kepada hamba pilihannya.

Jadi dari renungan dan pengalaman saya, maka setiap individu orang yang mengaku sebagai seorang MUSLIM atau seorang MUSLIMAT ini, patut dan wajib dan lagi mesti ada membaca Al-quran setiap hari, dan sekurang-kurangnya juga perlu melafazkan kalimah syahadatain itu di hadapan seseorang yang ada kemahiran.

Sebab sehebat mana pun anda!!! sepandai mana pun anda!!! Pakar apa pun anda!!!!! Se Alim mana pun!!!!! akan terbatil dengan sendirinya akan lidah seseorang itu untuk menyebut kalimah-kalimah ayat dari Al – Quran bila sentiasa di abaikan pembacaanya dan inilah yang sering cuba dilakukan untuk melalaikan diri-diri yang menjadi sasaran mudah. Belum pun lagi ada penambahan kesan dan factor dari Air Format tersebut.

PESAN saya dan INGATKANLAH kepada sesiapa pun kenalan sahabat handai yang mengaku sebagai beragama ISLAM, katakana dan NASIHATKANLAH kepada mereka-meraka yang ada kawan dan RAPAT dengan Rakan Non Muslim, ada RAKAN SEPEJABAT, ada rakan sesekolah dan lebih-lebih kepada yang TINGGAL SERUMAH (saya sangat-sangat memohon maaf. kerana secara terbuka saya war-warkan pernyataan ini.) saya sedang menjaga rumah

maka perasan curiga-mencurigai adalah sifat berhati-hati, itu juga adalah rasa yang sangat-sangat Normal. Sangat-sangat dituntut, Jangan sangat-sangat berharaf dan ada keyakinan anda dapat memuslimkan rakan anda itu kerana anda bukan itu. Sekali lagi Anda bukan itu. Anda bukan itu. Jagalah diri sendiri kerana saya juga bukan itu...

Di Kerana juga jiwa perasaan itulah juga antara penyebab anda akan di tewaskan. berpontesi untuk di tewaskan. Kerana juga bersebab di sebaliknya….. normal bagi kawan anda itu Non Muslim juga sangat-sangat berhajat untuk me Non Muslimkan (memurtadkan) anda sedangkan anda telah mempernampakan segala kelemahan diri. Solat tak buat, mengaji tak reti, tutup aurat pun tak faham bahasa. Air Format!!! anda termakan Budi!!!!!!! dan Diperkenalkan kepada anda seorang taman social yang lebih muda, mewah !!!!!! puhhhhhhhh....... laaaaaaaa…. jahanam terus…

Nak menyalahkan siapa?

Air Format ini sebenarnya di bina dan di perbuat dari apa? Cara-caranya????????? Lucu juga saya membaca komen-komen mengenainya di alam siber ini. Bodoh mangkuk ayun tak reti bahasa pun ada, ketagak babal pandai macam lembu pun ada. AWAS!!!!!!!!! Lu percaya atau lu tak percaya, lu memang gila. Macam mana tak Gila. Hanya orang gila yang sangup cerita pasal rahsia dalam ruangan terbuka? KFC pun boleh gulung tikar kalau pecah terbongkar resepi utamanya.

Minta maaflah kawan, saya pakai bahasa kasaq… ini saya pinjam bahasa lawak antarabangsa.

Bila Allah s.w.t. kurinakan Anugarahkan kepada kita beberapa rahsia, maka wajib kita simpan rahsia itu… nak tahu, kena belajar. Nak belajar kena menuntut. Nak menuntut kenalah berusaha hadirkan diri dalam majlis ilmu. jangan dok cedok dan kutip bacaan dalam alam siber ini. Nanti tuan guru kamu facebook, tak pun tuan gurunya kamu namanya syekh blog forum. Malaikat tak pandanglah sebab Tak ada sarir sahih ilmunya.

Sunday, January 15, 2012

minggu pertama sesi persekolahan 2010

Seminggu persekolahan yang agak ribut-ribut, amat banyak yang tidak kena dan banyak yang belum standbay. Tahun ini banyak betul yang kurang, tidak hairanlah bila mendengarkan adanya rungutan dan luahan hati tidak senang ibu bapa penjaga, siapalah kami ini, orang bawahan kuli-kuli sahaja.

Apa pun rungutan ibu bapa penjaga kepada kami, yang mampu kami buat hanya biarkan tak berjawab, biarpun ada luka dan teringin nak fahamkan di orang ini. Tak ada masa untuk itu.. sibuk melayan masih ramai yang belum berurusan.. mudah-mudahan mungkin pada suatu hari nanti mereka akan memahaminya sendiri…

Tidak ada menafaatnya sekolahkan anak kalau ustaz dan ustazanya tak redha, jaranglah yang ada ibubapa penjaga yang berperangai demikian anak-anaknya ada tempat di mana-mana, pandai macam mana sekalipun. Pintar tara mana sekalipun, Ilmu yang mereka belajar tetap tidak memberkati dalam diri apatlah lagi kepada keluarga.

Ibu bapa penjaga sudah bermasalah dengan sekolah, hadir pula anaknya ke sekolah dengan berbekalkan masalah. Kesian betulah…, kurang-kurang ibu bapa penjaga kena ambil tahu juga karenah anaknya di sekolah. Tanya ustaz-ustazanya, atau lebih baik datang sendiri melihat perangai anaknya dalam bilik darjah. Kalau tersangat menganggu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, kenalah faham. Patut akur dan Kena ikhtiar lebih sedikit kerana anak itu juga setiap hari sedang mengutip dosa kerana menganggu budak-budak lain belajar. Secara tidak sengaja ibubapa penjaga juga turut menikmati dan menanggung dosa anaknya tersebut.

Atulah asam garam pahit manis bila berurusan dengan ibu bapa penjaga, ada jua bah ibu bapa penjaga yang rama – tamah, sporty dan prahatin. Dan sudah terbukti ibu bapa penjaga yang demikian inilah yang ada anak-anak yang sentiasa mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian kecemerlangan yang amat membanggakan.

Ibu bapa penjaga bermasalah maka anak-anaknya pun terus mewarisi tradisi bermasalah, nauzubillah Kedewasan dan kematangan menjadi benteng kesabaran berhadapan dengan ibubapa penjaga yang merungut dan mencelah ketidak kelengkapannya keperluan anak-anak di Sekolah.

Tahun kesembilan saya mengajar agama di SRAI Labuan, saya sudah bertugas di tiga buah sekolah, dan telah bertugas di bawah perintah enam orang Guru Besar. Telah berhadapan dengan berbagai ragam bentuk karenah ibubapa penjaga. Dan saya rasa saya telah bertugas dengan sebaik-baik yang mampu di perbuat. Tapi tidak pernah dapat Anugerah…

Saya tidaklah kisah persepsi ibubapa penjaga dengan saya. Lagi pun mereka tidak ambil peduli sapa saya. Jadi saya pun tidak perlu banyak mengelak. Kalau jumpa ibu bapa penjaga yang buang tabiat walau pun di hati kecil saya terasa nak bagi ja sebiji penampar berakal lah terus orang tua tu..

Tanpa ribut dan khabar apa-apa, minggu kedua persekolahan ini memang saya merasakan ada sedikit kelainan, gelombang pertukaran ke penempatan baru rupanya terjadi dan mengena juga kepada diri saya. Dalam hati memang sangat membantah. Adakah arahan pertukaran saya ini kerana saya bermasalah dispilin? ataupun ada laporan yang tidak mahukan saya berkhidmat di sini lagi? Kalaulah kerana naik gaji tak apalah juga. Ani eeeeeee buang karan saja…

Apakan daya.. saya juga tidak mahu menyusahkan sesiapa. Saya beranggapan khidmat saya di sekolah ini sudah tidak diperlukan lagi. Kalau sangat diperlukan tentunya mereka yang akan berusaha untuk menahan dan pertahankan saya agar terus ada di sini. Malulah saya….. kalau sendiri yang cuba terhege-hege nak membantah. Mana lah tahu pihak pentadbiran juga yang usahakan saya untuk di pindahkan.

Selama seminggu ini, saya tidak berubah dan saya terus menguruskan segala urusan dan saya juga berusaha menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara lebih luar biasa. Sebagai Sejerah dan kenangan seterusnya Sebagai beberapa sumbangan saya yang terakhir di tempat ini.

Ada Lucu juga bah. Adakah Saya yang dipindahkan diminta pula untuk membuat kenduri perpisahan. Macamlah kan? Saya yang nak pindah.. tak apalah memang lama sudah ada terniat nak buat kenduri ani. Dulu pun saya dah ada minta seorang ustazah atu siapkan, tapi mungkin dirasanya saya bergurau..

Alhamdulillah saya dapat juga laksankan nya biarpun dah terlambat dan maksudnya telah berlainan..

Pada ruang bicara terakhir sesi penggulungan, suasana semakin sentementel..

seminggu yang sangat menyayukan hati… sendu, murid-murid dah saya nangiskan,dengan rakan-rakan saya test sikit aje. woooooo ada..... saya dah ada sentuhan aura itu.. alhamdulillah, moga semuanya akan di bukakan .... amin.

serasa saya ehemmmmmmmmmmm, di mana pun saya ada. saya memang di sayangi........ tak perlu ayat power... semuanya datang dari hati yang ........

and.....para peminat blog yang budiman, doalah dalam hati agar bisa sempat diketemukan dengan aku, heeeee bole aku yang belanja.

di perkata akhir, senada saya hanya begini Tidak ada apa perkataan yang mampu saya luahkan, tapi di mana pun saya berada, kira pun saya dikelelingi oleh mereka-mereka yang berserban besar-besar, biarpun di sekeliling saya semuanya berambut panjang atau di sekeliling saya terdiri dari bermacam-macam jenis warna baju. Dan saya tidak melihat kamu,,, saya tidak sempat melayan kamu. Jangan kamu kecil hati… kerana insyahallah. kamu semua tetap ada di hati saya. Kamu semua tetap ada di hati saya.

Tuesday, January 3, 2012

MENCARI TAUFIK DAN HIDAYAH ALLAH S.W.T.

Satu malam antara malam-malam cuti saya hujung tahun 2011, saya menerima satu sistem pesanan ringkas yang di kirim kepada saya dari nombor yang tidak ada dalam senarai simpanan saya. Handphone hilang macam manalah ada lagi senarai nama dan nombor kan?

Berdasarkan ingatan dan penelitian saya, tidak pernah dalam ingatan saya ada jumpa nombor sekacak ini, dan melihat pada susun angka nombor talipon penghantar sms ini, saya menilai bahawa orangnya bukan dari golongan sembarangan orang, kerana nombor begini, jarang mampu dimiliki oleh orang biasa-biasa yang tidak mengambil berat pasal seni dan kecantikan susun atur sesebuah nombor. Seorang Peminat Angka Nombor, jangan saja juga seorang peminat nombor Ekor.

Susunan nombor berulang-ulang yang sangat mudah di ingat, bersesuaian cantik dan semua angka nombornya terdiri dari nombor besar, orang cina kata Nombor sebegini ada ong, ilmu Alami ini tidak patut di jadikan satu kepercayaan tapi boleh di jadikan panduan. Kerana Ilmu ini ada asalnya, Asah dan asah lagi pengatahuan contohnya sila ke Fenomena Astronomi Dari Sudut Astrologi http://artikelfalak.blogspot.com Posted by GLOBAL ABJAD BLOG

Si Peminat Nombor sanggup mencari untuk memilih dan memiliki sesebuah nombor di kerankan ada kepercayaan nombor itu mempengaruhi cara dan reziki kehidupan masa hadapan, Nuzubillah….. biarpun harga nombor yang demikian susunan tersebut itu lebih mahal harganya dari sembarang nombor, dan pada hal isian nilai semasa dalam sim kad tersebut tidak ada bezanya.

Sistem pesanan ringkas tersebut berbunyi begini, “SAYA DAN ANAK ISTERI SAYA DENGAN INI MEMULANGKAN SEGALA ILMU YANG PERNAH SAYA AMBIL DENGAN USTAZ”.

Saya rasa ayat sms di atas ini memang sangat Format dan Formal,Tanpa berfikir panjang saya pula menjawab sms itu dengan ayat ini, “SAYA PUN DENGAN INI BERLEPAS DIRI DARI TANGGUNGAN DI DUNIA DAN AKHIRAT”.

Saya tidak tahu sama ada jawapan saya ini bersesuaian atau tidak, betul atau salah, jenis formal atau tidak formal. saya cuma amat mengharap pengirimnya terasa sesuatu dari jawapan saya ini, kerana pada saya juga perlukan maklum lanjut sama ada penerima itu memahami maksud saya atau tidak, atau penerima itu sendiri tidak memahami maksud ayat yang dihantarnya kepada saya.

Setelah menunggu beberapa hari dan sehinggalah pada hari saya akan bertolak kembali ke Labuan, kemudian seminggu berada di Labuan. saya masih belum mengatahui siapa pemilik dan pengirim sms ini, kerana saya belum menerima berita dari mana-mana, begitu juga pengirimnya masih tidak mengusulankan dan terus berdiam diri.

Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk menganalisis siapa pengirim sms tersebut, sebab taklah kalah jumlah jari tangan kanan saya, mengira ramainya suami isteri yang pernah datang berbaia’ah dengan saya. Ada anak lagi tu….. jadi bukan dia, bukan itu , bukan ini dan bukan…., alaaaa membuang masa sahaja.

Baik tah lagi saya kempen-kempenkan golongan perempuan, wanita dan gadis untuk menyertai pertubuhan ini, terlalu jarang dan sehingga ke hari ini, saya tak pernah didatangi atau menerima kedatangan dikalangan perempuan bujang yang berminat berbaia’ah dengan Abjad Sabah, padahal banyak kelebihan bila menjadi Ahli Pertubuhan ini, sekurang-kurangnya ada ikhtiar, Nanti sedikit sebanyak ada kebolehan mempertahankan diri, terutama dari sesuatu yang tidak di ingini yang sebenarnya masih boleh di perlambatkan akan berlakunya peristiwa tersebut.

contohnya dari penyakit rohaniah dan penyakit jasmaniah atau sekurang-kurangnya lambatlah sikit pergerakan si peragutkah, si pencurikah, si perogolkah, si penguratkah, atau si penyihir tersembunyi atau si penyihir zahir. Disamping itu inilah juga cara dakwah islamiah dan cara tarbiah saksiah yang ringan dan ramai orang mampu dan bisa memperbuatnya.

Tidak kurang juga seronoknya kita ada Adik beradik yang berada di cawangan dan Pusat latihan padang di Seluruh Negara di empat belas buah Negeri di Malaysia. Nak kemana melawat atau sedang bersekolah di Malaysia Insyahallah ada adik beradik tolong sambut kedatangan dan raikan kehadiran.

Kita NGO yang berdiri teguh di bawah panji-panji Tuan Yang Di Pertuan Agong Malaysia, dan kalau jumlah keseluruhan ahli tidak salah di persembangkan, rasanya sejuta Ahli itu masih sikit. Tentera dan hulubalang Allah di langit dan di bumi tidak terhisab jumlahnya.

Pernah dulu-dulu ada saya di khabarkan dan dah ada dua orang mewakilkan bertanya yang demikian itu. jawaban saya pada ketika itu, saya tidak mempunyai keberanian untuk itu. Kerana ada apa saya perlu takut pada masa itu? Yang Pastinya saya sangat takut, kerana saya pasti… akan mengoratnya dulu. Betul kan?

Di kerana sebenarnya selama ini juga, saya bermaksud wanita pertama di Abjad Sabah adalah orang rumah saya, gelaran ini rupanya bukan haq di milik saya, taqdirnya orang lain yang dapat, keluarga siapakah bertuah itu? Maaf… ya, tak ada ma hadiah.

Kepada All lady's ...para perempuan, para wanita dan para gadis… jangan bersedih dan berduka, gelaran yang lain dah berisi tapi masih ada gelaran yang belum berisi bah.., Apakah Jawatan kosong itu? Gadis pertama berbaia’ah di Abjad Sabah, who are the first Srikandi in Abjad Sabah ? timur, barat, utara, selatan,

Lagipun sudah terbukti bukan saya yang mampu memilihnya….. Hidayah Allah s.w.t.
Dan saya tersangat-sangat ternanti-nanti. Bilakah Srikandi ini akan muncul? Segerlah muncul Sebab masa sekarang ini orangnya masih ada peluang untuk mengorat saya. Eeee….. wah.. salah guna kuasa kan? Boleh laporkan kepada pihak berkenaan lah kalau tidak puas hati.

Macamlah bukan saya yang akan mula mengurat kan?, kalau tidak suka sama saya, ada ramai lagi di Abjad Sabah. Dan Walau Tidak memilih sekali pun di Abjad, taklah juga jadi hal. Sebab Tak jadi syarat pun.

Sepanjang cuti hujung tahun saya ini, pusat tarbiah nampaknya saya biarkan, kalau pun susah sangat jumpa dan segan perkenalkan diri dengan temujanji ingin jumpa saya dipusat tarbiah, atau juga sedang malu masuk bertandang kerumah buruk kami,….

saya rasa, saya juga banyak luangkan masa melepak di kedai kopi, sangat mudah mencari saya disana….. tak waktu pagi, ada waktu petang, malam pun selalu ada dan bila saya melepak ini, saya tidak pun masih seperti dulu mengharap sangat orang belanja……. Nikmat Allah sama-sama kita kongsikan. Saya pun boleh belanja ma….. sudah.

Dan semasa melepak di kedai kopi, saya ada pernah pamerkan dan beri rakan sembang kedai kopi baca ayat sms ini, termasuk kepada rakan sembang dari aliran Lain, dan memang agak mengejutkan juga kerana respon rakan dari aliran lain ini agak baik dan boleh pula mengakui lontaran ilmiah saya mengenai komenter saya berkaitan susun kata ayat sms tersebut. Jadi apa salahnya kita kongsikan bersama apa yang mampu saya perkatakan balik di sini.

Saya rakamkan dan komentarkan balik juga ayat ini sebagai satu perkongsian ilmiah, dengannya sedikit sebanyak tidak lari jauh seperti dari sembang kedai kopi, bukan untuk saya bermaksud memalukan pengirimnya dan bukan juga untuk saya mahu memujuk pengirim sms ini, itu semua…… sangat membuang masa saya…..

Sebelum yang sms ini, saya dah ada dua kali mengalami situasi yang hampir lebih kurang sama, kerana hajat dan perlakuan maksudnya serupa, maka ini bermakana yang ini adalah kali ketiga saya melaluinya walau dengan gaya yang berasingan pada masa itu dan pada masa ini di Erah menggunakan teknologi di hujung jari. Sms sahaja.

Kisah pertama yang saya Alami, yang berlaku dengan saya, ayat yang diperdengarkan oleh orangnya berbunyi ( SAYA DENGAN INI MEMULANGKAN APA YANG SAYA PELAJARI DARI USTAZ KERANA SAYA TIDAK DAPAT ANGKAT ILMU ITU) ini orang yang pertama melafazkan ayat seumpama itu, dan saya anggap orang ini ada integeriti kata orang sekarang, kerana sanggup melafazkan ayat itu did an berhadapan dengan saya biarpun bukan secara fomal,dan sewaktu itu saya masih muda benar. Dan kebetulan peristiwa itu berlaku pula di kedai kopi.

Dengan rasa hati yang ada dan pada kesempatan itu, di sekeliling kami ada pengunjung lain, saya sempat ada bertanya kepada pelafaz ini, tentang yang mana satu ilmu yang pernah saya ajar yang mahu di kembalikanya? Kerana rasa saya, saya tidak pernah mengajar beliau melainkan dari ajaran Islam dan jika kamu bersangka saya ajar kamu satu bentuk ilmu selain dari ajaran islam itu maka itu satu kesilapan kerana saya hanya menolong kamu refres syahadatain.

Dan Jauh sekali saya ada menurunkan sebarang jenis ilmu lain kepada kamu. Adakah kamu bersangka saya turunkan ilmu sakti kepada kamu? Kamu sesungguhnya amat khilaf!!!!! Dan Saya ada juga nyatakan Ilmu mana boleh di turunkan, ilmu patut dan semestinya wajib di tuntut. Tiada main turun-turun.

Kisah Orang yang kedua pula ini. Telah berlaku dalam beberapa tahun dahulu, kalau tak salah di ingatan time ini saya sedang bercuti dan kisah ini berlaku pada satu hari secara kebetulan saya ada keperluan dan sedang berleger-leger di Pekan Ranau, saya bertemu dengan orang ini secar tidak di duga bila saya melintas di hadapan satu restoran, Jawa Timur mungkin nama restoran tersebut, saya di pelawa duduk bersama, walaupun ada seseorang yang saya tidak kenali, Dan pada saya, sesungguhnya saya ada alahan pada hidangan-hidangan yang di sediakan di restoran ini. Tidak ngam selera. saya menerima juga perlawaan ini, lagi pun dah begitu lama saya tidak berjumpa dan bertegur sapa dengan orang ini.

Pada pertemuan ini saya tidak menyangka sampul yang ada di atas meja adalah beberapa risalah yang pernah di edarkan kepada siapa-siapa yang ingin memilikinya. Pada sangkaan saya sampul ini berisikan surat urusan kerana orang ini seperti saya juga sedang tengah berusaha untuk berurusan mencari kerja, rupanya sebelum beredar selapas membayar harga hidangan yang di oder, orang ini menyerahkan sampul itu kepada saya.

Ketika beliau menyerahkan sampul tersebut orang itu juga berkata lebih kurang begini “DENGAN INI SAYA SERAHKAN DAN KEMBALIKAN APA YANG TELAH USTAZ TURUNKAN DAN AJAR KEPADA SAYA, KERANA SAYA RASA TIDAK MAMPU LAGI DAN SAYA SEDANG ADA BELAJAR DENGAN ORANG INI” sambil orang yang di maksudkan itu memandang dan senyum dengan orang yang sedang bercakap dengan saya… sumbangan Motivasi berserta kometmen dengan produk baru…..

Di situasi ini saya tidak sempat berkata apa-apa kerana berlaku dengan pantas, orang ini sebaik sahaja selasai melefazkan ayat itu, mereka terus beredar kerena konon ada tamujanji dengan tuan guru baru.. saya masih duduk dan saya masih tergama….. macam pertemuan ini telah dirancang begitu rapi.

Biarpun Sms malam ini menganggu gugat hati dan fikiran saya, tapi sms ini tidaklah menganggu aktiviti yang sedang saya buat, sambil meneruskan aktiviti yang sedang di buat, saya sempat mengimbau peristiwa yang pernah saya alami, sungguh pun ada rasa geram di hati,tapi rasa kasihan lah yang lebih menimbulkan kewarasan untuk menjawab setenang mungkin, kerana antara penyebab berlaku demikian itu ialah disebabkan oleh kerana JAHIL. Dan kelemahan diri saya sendiri yang tidak mampu dan tidak boleh di contohi…

Bagi pihak diri sendiri, apalah akan Aku kisahkan benda-benda begitu, begini lagi bagus, kerana inilah peluang bagi saya untuk melapaskan diri dari segala yang dipertanggungan jawabkan kepada saya berkaitan tangungan di dunia dan di Akhirat, oleh itu dengan ini saya tidak akan segan silu untuk menyatakan yang seumpama ini, kerana selama saya menanggung bebenan orang, sudalah saya tidak pun dibayar walau sesen, senang-senang pula mencuri masa senggang saya.

Saya berkeinginan juga meneroka isi hati dan akal fikiran mereka-mereka ini, Kenapa? Dan mengapa boleh seseorang sampai boleh berfikiran dan sanggup berkata-kata demikian rupa? Mungkin kah Antara sebab musababnya ialah orang seperti ini tidak pernah tahu apa yang diterimanya dan jauh sekali dari cuba untuk memahami dan melaksanakan segala apa yang diterimanya. Inilah antara yang susahnya jika mengikut-ikut orang sahaja. Lain kali ambil tahu yang asasnya, tidak pun istikarah dulu empat puluh hari….

Nauzubillah… pada pengalaman dan pengatahuan saya, penutur itu sedar atau tidak sedar, faham atau tidak reti, lafaz tersebut boleh dan telah menyebabkan penuturnya murtad. Jadi…. sangatlah berhati-hati juga dengan lafaz kata. Jangan suka mengikut kata orang.

Mungkin ada keperluan untuk meng UP gredkan keadaan, seperti yang pernah saya nyatakan, mungkin suatu masa nanti bukan mudah untuk berjumpa saya, dan mungkin suatu masa kita akan adakan temuduga kemasukan dan mungkin suatu masa nanti kena berbelanja besar seperti mana berbelanja di tempat lain, kerana sudah jadi kebiasaan barang mahal barulah mahu jaga sungguh-sunguh kan?

Semua yang akan dan sedang berlaku ini pada asalnya, Asasnya utama adalah pengatahuan tentang Agama itu di dalam diri sendiri, bila mana orang marah dengan saya, marahlah…. seperti marah dan dengki dengan saya kerana tidak mengiktiraf mandur sharif sebagai pengambang Ajaran islam atau pengambang agama Islam di kalangan orang Dusun terutama di Ranau, Sabah. Silakan…..

Sebab saya bukan berseorangan dalam pendangan begini, tapi tidaklah sampai saya sanggup menjual nama-nama beser mereka tersebut itu sekadar untuk backing defenc ulasan saya ini… cukup pada bab ini saya akan membela diri sendiri, oleh kerana ia memang berhubung kait juga dengan martabat ilmiah ilmu pengatahuan seseorang dan bab ini juga sangat penting kerana wajib fardu Ain boleh menentukan sah atau tidaknya pegangan dan iktiqad sesorang muslim.

Dan harus di ingat selama ini saya tidak pernah menyentuh bentuk hal PERIBADI Mandur Sharif. Demikian juga saya tidak menyentuh hal PERIBADI Sharif Kedah, tidak juga menyentuh peribadi siapa-sapa melainkan HAL PERIBADI SAYA SENDIRI, perbandingan darinya sedikit sebanyak telah saya paparkan disini terpulanglah pada anda yang telah membaca untuk menghakiminya.

Dalam Bab pengatahuan Fardu Ain kita berkeras sungguh, dan sangat jarang saya bersunguh-sungguh pada pengatahuan Fardu kifayah. kerana dengan Asas pengtahuan yang ada pada saya dari segi AKIDAH, IBADAH DAN AKHLAK, dan dari pengalaman rohani dan jasmani yang saya pernah lalui, sekali lagi saya nyatakan bahawa saya Amat yakin dan saya amat percaya bahawa mereka ini, BUKANLAH PENGEMBANG AJARAN ISLAM, BUKANLAH PENDAKWAH AGAMA ISLAM, BUKANLAH MENGAJAR AGAMA ISLAM.

Biarpun dikhabarkan mereka SYARATKAN kepada beberapa orang yang pernah dan hendak belajar dengannya, bahawa orang itu perlu dan kena masuk* ISLAM dahulu sebelum orang itu diterima membeli ilmunya. Bukan membeli tapi bayar pengeraslah!!!!!!!!! Ooooooooo berdalih lagi, fidyah kah! Hadiah kah! Sedakah kah! Kalau bab belajar Agama tetap sangkut punya. Jelas HARAM.

-*maafkan saya kerana saya tidak akan terima mereka menggunakan perkataan mereka di suruh memeluk (Agama) Islam. , dan tahu kah kamu? bagaimanakah cara upacara mereka masuk islam pada masa itu? kerana masih ada kalangan yang ingin mempertahankan tradisi minum air tanah liat jika masuk islam dan bila mana memakan atau termakan daging Najis itu.

ooooohhh barangkali saya memang sudah terlupa, sebab saya rasa dan ingat-ingat ada kutubah semasa minum dan semasa air tanah liat ini di sediakan, dan kenapa dan mengapa di adakan ? dan bagaimana mula berlakunya adanya tradisi meminum air tanah liat ini.? Boleh ada sesiapa tolong ceritakan kisah sebenarnya..

Dan sesungguhnya dan Seharusnya Demikian juga jika saya terkhilaf dalam pemerhatian perkara dan perbuatan seperti ini. sesungguhnya, mudah-mudahan doakanlah saya supaya dipermudahkan pertemukan Hidayah Allah s.w.t. untuk segera menyedarinya.

Selalunya saya akan ditanya, JADI MEREKA BUKAN ISLAM LAH? Jawapan Saya pada persoalan ini, adalah seperti berikut, saya kata pada masa itu mereka memang Islam dan mereka memang orang Islam, tapi pada masa sekarang ini, saya yakin itu bukan Islam, sebabnya …… alasanya ……… jawapan cari sendiri…. kalau tidak, saya minta gantirugi masa dan tenaga saya, yang biasanya saya bercakap boleh RM100.00 sejam. Tak mahal pun berbanding Dato Siti RM10,000.00 yang baru dua buah lagu yang tak sampai pun suku jam.

Bayar RM100.00 untuk masuk syurga? Atau nak bayar RM10,000.00 untuk bakal masuk Neraka?
Tak pun kalau Dato Siti Hadiahkan saya sejuta ringgit Malaysia, manalah tahu mungkin dengannya ada keberhasilan hajat yang sangat-sangat di ingginkanya…. Melalui saya Insyah Allah makbul.

Kenapa saya boleh dan berani menyanggah mereka semua itu pada masa mereka itu? sebab…. Saya sebenarnya telah terlihat mereka-mereka pada masa itu ada penampilan dan ada identity diri yang jelas. Contohnya Kenapa Mat Salleh boleh Menantang British ? kalau setakat benci dengan kedatangan orang putih. Langsung tak logic pun. Sebab namanya Mat Salleh sendiri pun nama panggilan orang putih kalau di Malaysia. Dan Begitu juga Kenapa Pak Mousa menentang colonial Inggerish? Syarikat Hindia timur British hanya sangat memberi masalah kepada para pembesar dan para pedagang dalam Negeri sahaja. Orang kampong menganggap kedua-duanya sama sahaja, sangat Menyusahakan. Tahu kutip cukai sahaja.

Begitu juga, Kenapa dan mengapa anda sebagai pendakwah dan penyeber Agama Islam ada keperluan dan sanggup untuk mengumpul dan membawa harta benda untuk di bawa kembali ke kampong halaman? Peniaga jugalah namanya….

Dan Saya tidak pernah juga ada menafikan sumbangan dan jasa-jasa mereka pada masa mereka itu, seperti mana kita akui Panah pada satu masa dahulu adalah senjata canggih pada Zamanya...pada masa kini mungkin tidak seberapa..

jadi cuba-cubalah, tolong dan fikirkanlah dengan lebih rasional lagi, jadi orang leeeeeeee…bih cerdik walau tak berapa pandai, usah tertumpang jasa mereka…. Dan juga jangan mengagung-agungkan benda yang kamu tak reti dan tak faham pun, dan jangan cuba bawakan keadaan pada masa mereka itu dengan apa yang kini ada di masa ini, ITU DULU…….. dan aku tahu juga kamu duluan makan Garam…. Tak apalah juga tu, kami boleh terima.. sebab kami rasa masin tu ada juga dalam kicap.. saya suka makan kicap masin asalkan murah harganya.

Masa ini berlainan dari masa yang dulu. Masa pra merdeka dan masa prcsa merdeka dan di Erah masa kini IT bersama Tranformasi pendidikan jauh sangat bezanya. Local Malaysia mari ada, indon mari ada, Filipin mari ada, Pakistan mari ada, India mari ada, Iran mari ada, Syria mari ada, Jordan mari ada, Madinah mari ada, Mesir mari pun tak berapa laku uda, laaaaaa…… orang putih pun mari ada, itu Bangle pun mari ada, lagi-lagi tambah celaru itu UIA. Oooooooo……… itu keraja saya makan punya lagilah Besar kalah-kalah Nasi Campur… apa pun…. Lu Jangan jadi seorang sahaja si Buta yang memegang gajah, tapi jadilah kesemua Si buta yang sedang merabah seluruh angota badan seekor Gajah untuk mengenalinya.

Semasa zaman baru Merdeka USIA dan kemudianya MUIS dianggarkan kononya penganut Islam di sabah telah mencapai jumlah 90 peratus,pada masa inilah juga muncul dan adanya gelaran Haji USNO dan Haji BERJAYA yang tiba-tiba juga menjadi para Elit dalam bidang usahawan.

kita tidak juga melupakan jasa kerajaan USNO dan BERJAYA yang berusaha mencari para mubaliq yang digaji dan diberi elaun mengajar sehingga sampai ke kawasan pedalaman dan kawasan terpencil, birapun setahu saya para mubaliq ini ada yang tidaklah kurang,tapi lebih sikit pandai nya dari orang di kawasan penempatannya nanti, hingga ada antara mereka yang huruf hijaiyah pun tak qatam dan bacaan solatnya pun kalau tak sekolah balik anak-anak muridnya itu, maka tak faham lah bahasanya sampai sekarang.

Menurut catatan dan kajian JAKIM 2009 peng Aku Beragama Islam di Sabah hanya sekitar 48 peratus sahaja. Belum lagi di buat kajian berapa peratus dalam 48 peratus itu yang beramal dengan Agamanya dan berapa peratus yang sekurang-kurangnya melakukan rutin solat lima kali sehari semalam. Jauh sekali mendaptkan jumlah mereka yang dapat menjawab ujian wajib lulus fardu Ain.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini isu murtad mula makin hangat dibicarkan di seluruh tanah air dan memungkinkan isu itu juga banyak berleluasa di seluruh sabah khasnya, dan lebih membimbangkan tidak ada pengawalan dan tindakan yang sepatutnya, ini juga telah memungkinkan jumlah peng aku beragama Islam di Sabah sebenarnya semakin berkurangan. Cuba bayangkan jika jumlahnya hanya 27 peratus sahaja? Dan 20 peratus itu tidak tahu mendirikan Solat lima waktu sehari semalam…

Pun kita sebagai Orang Islam seharusnya tidak radikal dan taksub sangat, sehingga sanggup untuk bertindak dengan kekerasan terhadap Agama Lain, kerana kita telah di ajar saling hormat-menghormati dan memahami tuntutan Agama Masing-masing, di amalkan dan di kembangkan pada ruang lingkup permis masing-masing, haram orang Islam menceroboh Harta Ibadat orang Non Muslim, dan demikian Juga Agama lain haram mencoroboh terhadap kawasan dan penampatan Orang Muslim. Ini pagar utama.

Pada saya walaupun saya agak tertarik dengan Apa yang berlaku Pada Pak Hamka, sanggup turun dari jawatan ketua Ulama kerana mempertahakan fatwanya atas keharaman mengucapkan selamat bagi perayaan orang Keristian, pada hal pada diri saya, mungkin kepada individu tertentu dan pada suasana yang ada menafaatnya mungkin saya akan terlepas dan tercakap juga.

Lagi-Lagi keluarga dan suku sakat keluarga kami banyak lagi dari kalangan yang Non Muslim, dan merekalah yang lebih kuat mengikat silaturrahim, sehingga sanggup menziarahi kami di waktu lapang mereka, wah….. aku lihat kenapa mereka ini gemuk-gemuk semuanya adakah pasal makan dan minum itu……. ????? padahal kami ini kurus-kurus sahaja, Ayat ini cukup merbahaya, hal mereka pada harta mereka biarkanlah.. dan pada tanggungjawab kita mereka tetap sebagai tetamu istemewa……..

Dan jangan juga mengambil hati bila saya tidak membalas ucapan Tahun baru 2012. Maafkan saya. setelah berada di keadaan sekarang,saya tidak pernah lagi ikut meraikan suasana sambutan tahun baru masihi.

Masing-masing kita menjaga kominiti, Bila kita jaga rumah tangga sendiri jaranglah orang boleh menceroboh kediaman kita, tapi bila kita dalam rumah begitu huru-hara maka inilah antara yang melanda dan memudahkan sesuatu komplik berlaku. Jangan salahkan ruang yang terbuka di perguna oleh yang mengambil kesempatan, Kedai mana yang kuat pormosi dan banyak faedah dan diskaun maka itulah jadi pilihan, Dalam topic ini sebenarnya saya ada minat untuk cuba mengulasnya lebih jauh,khusus khas pandangan saya pada unsur penggunaaan air Format tersebut, insyahallah mudah-mudahan Allah s.w.t permudahkan dan rezikikan saya ada masa dan di beri hidayah ilham untuk mempelajarinya kerana ia satu subjek yang sangat berat.

Saya pernah terbaca, , mengenai Doa Tentera kuffar Monggol sebelum menyerang pusat pentadbiran kerajaan Islam di kota Bagdad, yang sedang begitu maju dan modern pada masa itu, Cuma saya ingat-ingat lupa, maka saya olah doa tersebut kira-kira bermaksud begini “WAHAI TUHAN ORANG ISLAM….. JIKA BETUL DAN BENAR KAMU TUHAN ALLAH ORANG ISLAM ITU ADALAH TUHAN ALLAH YANG SEBENAR- BENARNYA, MAKA MENENGKANLAH DAN KALAHKANLAH ORANG ISLAM, BILA KAMI MEMERANGI MEREKA ( orang Islam bagdad)”

Maha Suci Allah, tentera kuffar monggol ini akhirnya Berjaya memusnakan Kota Bagdad, mereka membunuh, membalas dendam dan menawan para pembesar kota yang telah memperkosa dan menzalimi kesucian wanita-wanita Bangsa Monggol yang ada di Kota Bagdad pada ketika itu. Namun dalam kisah ini pula berlaku penzahiran Rahsia Allah, hingga mungkin atas doa makbul itulah juga yang mendorong mereka (Bangsa Monggol) yang akhirnya Bangsa Monggol menjadi Pembela, penyebar dan Penguasa Agama Islam di seluruh benua Asia Tengah dan Asia Timur.

Untuk Isu-isu ALIRAN AKIDAH yang terkini disebar berkembang di serata Sabah, dulu orang kampungku ada bising pasal dah ada orang kampong yang murtad, Bising-bising pasal aku juga, mereka orang kampungku tidak pun bising pasal aliran kepercayaan, aliran kebatinan dan sekarang mungkin hanya aku mula bersangka yang di kampungku sudah Ada syiah, dan aku mula bersangka yang di kampongku dah ada Wahabi, dan aku mula bersangka yang di kampungku sudah ada Jamaat Ahmadiah, dan aku mula bersangka yang di kampungku sudah ada Anti Hadis, semua itu menjadikan kampungku ini pun memiliki huraian sukatan pelajaran yang tersangat di aras tinggi.

Pun saya kekal tidak ada keberanian untuk terjun sama….. menghadapinya. sebab saya masih tidak cukup kelengkapan dan kekayaan. Saya terus bergelendangan di halaman orang, mencari dan mencari… apa-apa yang mampu di cari…. Mengutip apa yang mampu di kutip… Lagi pun Macam mana nak chelengge Semua mereka itu, defencself mereka memang kuat, dah lah semuanya power-power, ada Sarjana, ada MA, ada DR. saya hanya ada apa? SPM ja….. buat malu diri. Jadi saya minta orang lulusan tinggi-tinggi duluan jalan.. saya still stay styel ini dulu… layak untuk cara kampong-kampong.

Tunggu sampai bila? Tunggu sampai ada seru….
Seru! Seru! Seru!.... Sampai bila? Saya kawin dulu lah…….,
kah…kah……. kah….. bila mau kawin? Tunggu ada meminang dulu laaaaa……..,

cheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee…… kesian betul lah ko ini!!!!!!!!. Dah laaaa… Tidaak pandai mengurat, zaman ini, mana ada lagi perempuan berani meminang lelaki?

#Mudah-mudahan akan ada….. . hanya dengan hidayah Allah.. dan sesungguhnya mereka ini di pilihan Allah.

Apa pun maksud dan hajat kita itu Asasnya adalah seperti firman Allah yang bermaksud “maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah pertunjuk kepadanya. Nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam” surah al-An’am : 125
Yakni sesiapa yang Allah Ta’alah memberikan Hidayah kepada seseorang maka dia merasa senang untuk menerima Islam sebagai cara hidup, hukum dan peraturan hidupnya. jika tidak, mereka akan menuduh Islam dengan pelbagai tuduhan.

Nabi s.a.w. ditanya oleh ramai di kalangan sahabat mengenai ayat ini , wahai Rasulallah? “bagaimanakah Allah melapangkan dada seseorang itu untuk menerima Islam. Lalu Baginda s.a.w bersabda “ cahaya yang dilontarkan ke dalam hatinya dan dengannya dilapangkan dadanya.

Mereka bertanya lagi “apakah ada tanda-tanda yang boleh diketahui mengenainya, wahai Rasulaallah?” Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud “hatinya sentiasa cenderong mengingati hari kekal abadi, tidak suka dengan negeri yang penuh dengan tipu daya dan sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi mati sebelum menemui ajalnya.
Kemudian firman Allah seterusnya bermaksud “ dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatnya nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya” (sambungan ayat surah al-an’am 125).

Dan pada Aliran yang sering saya sanggah, terpulanglah pada anda sebagai pewaris aliran ilmu masing-masing atau sebagai warisan keluarga, terpulanglah untuk ada rasa terkilan,ada rasa terguris,,,,,,,, kerana itu saya akan katakan itu tandanya tak dapat hidayah petunjuk Allah......

Namun kalau rasa-rasa nak saman saya juga? Bole pulng’, wa tak kisah, sebab saya pun ada sedikit tuntutan gantirugi yang seharusnya perlu di perhalusi jika ada peluang. kerana bagi saya semua amalan seumpama itu adalah barangan untuk dijual, semestinya penjual bertanggung jawab pada barangan jualannya, pembeli berhak menukar ganti barangan yang tidak bermutu, apa lagi kalau barang jualan itu telah mewujudkan kesan sampingan kepada penggunanya… amat janggal pula bila penjual menuntut balik hak barang yang telah dijualnya. Melainkan merasa bertanggung jawab atas barangan keluaranya yang bermasalah kepada penggunanya.

Di Abjad Asli anda akan berbai’ah dan Pada versi baia’ah kebangsaan dalam itu di doa ketiga ada dinyatakan dan ada diniatkan bersama. Yang berbunyi “Sahaja atau sengaja aku memfardukan keatas diri aku rohani jasmani lidah aku semua angota aku dan hati aku dengan AGAMA ISLAM atas makna sekaliannya serta juz-juznya……….”

Dan selalu saya ceritakan di sedikit tazkirah bahawa di antara istimewanya Abjad Asli ini dari yang lain-lain, ialah antaranya kerana di bai’ah Abjad ini seperti sebuah windows canggih yang dilangkapi beberapa sofway dan serasi di dalam mana-mana PC yang lama dan yang terbaru sekalipun, juga mengandungi dan dilengkapi juga dengan system penjagaan virus ( super anti Virus ) agar virus yang ada sama ada kuat atau lemah segera dapat di kurantin atau sebaiknya dapat mendelet terus sebarang virus yang di Alaminya.

Pc yang bermasalah kerana virus, sepatutnya formatlah… windows yang terbaiklah patut di pilih, Cuma untuk memilih sebarang windows yang terbaik sangat sukar melainkan dengan taqdir dan Anugerah hidayah dari Allah s.w.t. dan Apa yang saya hidangkan tidak semestinya pilihan anda, walaupun saya mensyorkan dan ada jaminan kepada anda untuk itu, pililah dan sertailah kami kerana inilah pilihan utama saya yang saya yakin telah di uji keberkesanannya. Tidak ada kesan unsur sampingan.

Selagi tidak ada hidayah Allah maka selagi itulah merangkak mencari-cari sesuatu yang tidak diketahui dimana di cari dan apa yang dicari- dicari, dan ini semua akan berlaku bukan semudah yang disangka, kerana syurga itu sangat istemewa… jadi mereka yang istemewa sahaja yang pasti berada di dalam Syurga. Maka selayaknya untuk memasuki Syurga perlu melalui beberapa farsa yang sangat sukar semasa penghidupan di Dunia. Sekurang-kuranganya ada ketenangan di hati bila berAmal Ibadat.

Dan Pada pengalaman saya dari peristiwa seumpama perkataan sms ini sebelum ini, biasanya orang yang akan menuturkan ayat seperti tersebut itu, sedang atau memang sebelum jumpa saya memang dah mengalami masalah diri,terutamanya berkaitan ganguan perasaan dan masalah kesihatan, jadi mengharap sembuh serta merta di Abjad Sabah. Masalah sepuluh tahun nak minta selasai sehari? Bolehkah? Subahan Allah saya tidak ada jaminan untuk itu. Saya nak kata masalah setahun yang di alami, boleh setel selapas sepuluh tahun kemudian pun tidak boleh, kerana Semua itu di milik ketentuan Allah s.w.t.

Dan tidak dinafikan juga ada juga yang mengalami ganguan yang berasal dari kerana pernah berada di aliran lain sebelum ini, atau pun masalah saka baka keturunan tapi tak mahu buang, atau putus asa berusaha. bila di aliran yang bermasalah dan bila anti virus Abjad mengesan sesuatu dalam sofway yang tidak bersesuaian dengan windows baru, tapi orangnya masih juga berkeras untuk menggunakan sofway itu dan Nasihat yang disyorkan tak mahu di pakai, maka mana kami bolah buat apa-apa… sendiri tidak mahu jaga diri… saya di bagi gaji pun buat apakan saya pi jaga. Tak berbaloi..

Dan bukan kami tak layan, tidak ada sesiapa pun di buli atau membuli, cuma yang tidak makan nasihat tu…… payah juga nak jaga, jadi terasa hati konon-konon mencarilah atenatif lain yang serasi di hati, dan ketika penutur ini sedang didalam perawatan satu Aliran lain, perawatnya pula melalui kesukaran menghadapi anti virus tersebut dan dengan dangkalnya pula menyimpulkan dan akan menyarankan pelanggannya melafazkan ayat seperti tersebut diatas untuk kono-kononnya hendak melepas diri diri dari belengu ilmu yang di tuntutnya. Kalau Bab saka baka lainlah…

Dan Saya tidak pernah dan tidak mengajar sebarang ilmu jenis karamat, yang membawa kepada saka baka turunan. saya tak ada cakap pun yang saya akan turunkan ilmu sakti mendera guna atau kamu akan jadi sesaktinya bila belajar bersama dengan kami, tak tahukah kamu yang saya seorang ustaz yang mengajar orang yang mahu belajar mengenai Agama Islam dan mengajar orang mendalami Agama jika berminat, saya tidak pernah paksa orang datang mengaji dengan saya…. Dan Saya tidak pernah mengutip pengeras dari khidmat saya,,,,,

Kerana kita ini memang bercakap pasal Iman dan taat, kita cerita pasal dosa atau pahala, kita cerita pasal nak masuk neraka atau nak masuk Syurga yang lebih kekal dan Abadi, kalau malas nak tunaikan Solat silakan…. Tidak risau pasal dosa pahala silakan……Itu kamu dengan Allah, kalau kamu nak tolak pengajaran saya? maka silakan lah… dan sebutlah nama saya dengan terang dan sejelas - jelasnya.. sebab kalau kamu akan menyebut menolak ajaran ustaz – ustazah, Astagfirullah hal ‘azhim… makanya bermakna kamu itu telah murtad.

Di Abjad Asli, kami tidak di ajar dengan lafaz itu, kami tidak di ajar melafaz mengembalikan dan jauh sekali akan berbuat seperti yang di atas, kami diajar tetap menghormati dan memohon restu dari sekalian yang kami pernah berguru, walaupun sesetangah Aliran itu telah menghalalkan darah murid yang beralih Arah ini, kami tetap redha dan kami masih berangapan mereka tetap Tuan Guru kami, apatlah lagi Maha Guru yang bergelar Ustaz-Ustazah, sebenarnya kami di Abjad malaysia telah berbai’ah seperti mana berbai’ah di bawah dan juga mohon diterima seperti doa di bawah ini.

Kerana kami juga tahu dan kami juga faham, bahawa sebelum ini rata-rata orang yang bertemu dengan Abjad Asli ini, Asalnya berasal dari Aliran yang bermacam-macam. Akhirnya kami berjumpa, serasi dan bersatu dengan HIDAYAH ALLAH s.w.t. menuju ke hadrat dengan pimpinan di ABJAD MALAYSIA.

Bismillaa ar-rahmaan ar-rahiim
Ya Allah Ya Tuhanku Aku Pohon Jadikan Diri Aku Rohani Jasmani Lidah Aku, Semua Angota Aku Dan Hati Aku Dan Semua Jenis Ilmu Dan Amalan Yang Telah Aku Pelajari Serta Beramal Dengannya Atau Aku Ambil Dari Mana-Mana Kitab Atau Aku Ambil Daripada Mana-Mana Guru Atau Datang Melalui Mimpi Begitu Juga Semua Jenis Latihan Langkahan Pertahanan Diri Yang Telah Aku Pelajari Serta Melatih Melangkah Dengannya Hak Mutlak Bagi Sultan Wali Syed Syekh Muhiyddin Abdul Qadir Jilaani Dan Nabi Allah Khidir A.s Dan Nabi Muhammad S.a.w. Selama-Lamanya.

SUKARNYA MENCARI TAUFIK DAN HIDAYAH ALLAH S.W.T.

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback