Monday, May 24, 2010

selamat Hari Ibu, kumpulan cerita tentang mandur sarif

Satu peristiwa yang berlaku pada tahun 1136 M, Di Istana Bukit Meriam,Kota Kuala Muda, Negeri Kedah apabila Baginda Maharaja Phra Ong Maha Wansar apabila Baginda menerima kunjungan mengadap Sayyid Sheikh Abdullah Bin Sheikh Ahmad Bin Sheikh Jaffar Al-Qumari Utusan Khas Sultan Auliya’ Sayyid Sheikh Muhiyiddin Abdul Qadir Al-Jilani Qaddasallahu Sirrah bersama sahabat-sahabatnya untuk menzahirkan hukum-hukum Agama Islam dengan jelas dan terang.

Dalam suatu majlis istiadat khas yang menghimpunkan hulubalang kepahlawanan maharaja untuk mempamirkan segala kekuatan sihir A’la menjadi kekuatan benteng pertahanan dan kedaulatan pemerintahan maharaja itu, dengan menghiring minuman keras yang akan menjadi minuman kepada maharaja itu serta yang hadir,lalu Syyid Sheikh Abdullah Al-Qumari segera mengambil kesempatan daripada peluang tersebut menzahirkan kehebatan ilmu pertahanan diri hulubalang allah (silat) secara Zahir Dan Batin yang diambil dari Guru Murabbi, sehingga Berjaya mengalahkan segala kekuatan dan kehebatan kepahlawanan sihir A’la yang dimiliki oleh maharaja itu sekali gus kedualatan maharaja itu diruntuhkan dan Sheikh Abdullah Al-Qumari dapat menawan Maharaja itu dan pembesar-pembesar Istana beserta dengan rakyat jelata yang hadir seumpama berlaku kepada peristiwa Futuhul Makkah.
Ms27/ms28 buku pemuda Tauhid

Menurut blogger P borneo nabalu,(Permata Borneo Nabalo Ranau
Jejak-jejak keluarga .....: Pendahuluan konsep keluarga kendongoi ...
myhajimin-salasilah.blogspot.com/.../pendahuluan-konsep-keluarga-) islam tersebar di pantai barat sabah sekitar 40an, oleh Pendakwah dari Bandung Indonesia, Suami isteri Nenak Maloi dan Hamba Wan atau dikenali juga sebagai Hj Idris telah datang ke Sabah bersama-sama dengan seorang lagi pendakwah yang di kenali Mandur Sharif Radin Jaya Winata (Muhammad Sharif) di tahun sebelum 50'an. Sebelum mereka menyebarkan dakwah, pendakwah ini telah berkerja di pelbagai estat yang terdapat di bahagian Barat Negeri Sabah.
Selepas beberapa tahun kemudian Nenek Maloi dan Hamba Wan menetap di Buang Sayang Papar sementara Muhammad Sharif Radin Jaya Winata berkampung di Kampung Lebou Estat Menggatal. Anak Hamba Wan ialah Hj Munsharif Hj Idris dan cucu-cucunya ialah Wan Masriah, Wan Salleh, Wan Arshard dan Wan Masira.

Walau bagaimanapun, sebelum Muhammad Sharif menetap di Lobou Estet,anak Mandur Sarif Nurimahwati ada di Suka layu Bandung Indonosia, manakala Ewon Monan ada di sekitar Kota Kinabalu,

Seorang yang dikenali ramai yang kuat menuntut ilmu yang telah merantau untuk mendapat pekerjaan dan setelah berkerja di Pedas Baili Estet Inggeris dengan tidak sengaja terjumpa dengan Muhamad Sharif. Pengamal yang dimaksudkan ialah Sadi Angiran. Sadi Angiran sebelum berguru dengan Muhammad Sharif, beliau telah menceritakan keadaan keluarganya yang bila setiap kali isterinya mengandung anak yang dilahirkan akan mati (tiada yang hidup). Mendengar penjelasan itu maka Muhammad Sharif memberitahu kepada Sadi bahawa ilmu yang dituntut itu adalah "Ilmu Hitam" dan perlu dihapuskan dan tidak perlu diamalkan lagi. Setelah penjelasan ini Sadi Angiran pun mendekati agama yang di bawa oleh Muhamad Sharif. Sadi atau dikenali juga Mandor Sadi Angiran memeluk Islam dan mempelajari tentang Islam.

Setelah beberapa waktu kemudian, Sadi yang telahpun sedia mengenali Ali yang telah menuntut ilmu dan kekuatan daripada Pak Mausa. Ali atau (Yundal) Bapa Muhamad Ali KG.Lohan ulu dan dipakai namanya pada Sekolah Menangah Agama Ranau Sabah,dipercayai memiliki ilmu ( dipercayai ilmu hitam ) yang agak tinggi sehingga setiap percakapan (Sebut sahaja ) akan dikabulkan. Ali juga tidak mempunyai anak walau pun sudah lama mendirikan rumah tangga. Mereka telah beradu kekuatan dan ternyata Ali tertewas. Oleh sebab kekuatannya itu, Ali bertanyakan Sadi dari mana dia mempelajari ilmu kekuatan. Mandor Sadi pun memberitahu bahawa dia telah belajar daripada Muhamad Sharif. Setelah mendengar penjelasan, Ali pun berguru dengan Muhamad Sharif tentang Islam.

Setelah Ali dan Sadi belajar tentang Islam dan membuang ilmu yang dituntut daripada Mausa( menurut cerita pak musa ini berasal dari paitan sawa (hilir) Beluran,Sabah dewan pak musa beofort, papar dan kota kinabalu di ambil nama daripada jasanya). Barulah kedua-dua mereka mendapat anak sendiri. Anak-anak Ali ialah Hj Amin Ali (Suami Siti Mulah Hj Roman) , Amisah (Isteri Hj Madi), Hj Mian(Suami Sainah Jaafar), Sakium (isteri Hj Harun) mereka menetap di Kampung Lohan, Lingkodau dan Keranaan Ranau sementara anak-anak Sadi Angiran pula ialah Emin, Saimin, Sanin, Motin, Setiah. Saimin dan Sanin menetap di Kampung Beriawa Keningau. Emin, Sanin dan Moting belum berkahwin (1998).

Sebelum Islam bertapak di Tagudon Lama dan Kampung Sosondoton, Ali memaklumkan kebaikan tentang Islam di Ratau dan Sosondoton dan Sadi memaklumkan kebaikan Islam di Kampung Tadgudon Lama. (sebab utama bila mereka anak hidup yang dilahirkan setelah ilmu hitam dibuang). Bila ada penerimaan agama ini di kedua-dua Kampung, Radin dihantar oleh Muhamad Sharif untuk mengajar mengaji dan memaham Islam di Kampung Tahudon Lama tetapi cuma kurang dua bulan, Radin pulang dan diganti dengan Gilang dan Rahaman dari Kota Belud. Orang yang mula-mula memeluk Islam di kampung ini ialah Hj Roman (Bandual), isteri Rijah dan Tiah. Disamping cara lain mengembang Islam ialah membawa pengikut-pengikut baru ke Lebou Estet berjumpa sendiri dengan Muhamad Sharif Radin. Antara anak murid Hj Roman ialah Saimin Akar, Midan, Maran, Hamid, Ghani Gonggot dan Saidi. Antara anak murid Hj Roman yang memperdalamkan ilmu Islam dengan Muhamad Sharif ialah Saimin Akar (gambar), Karano, Ghani Gonggot dan Saidi sementera anak murid Ali ialah Rasuman dan Nerudin di Sosondoton.

Orang yang terawal memeluk agama Islam mengikut kawasan/kampung di Kundasang ialah:-
• a. Pinolobuh : Hj. Sahajali (Gumaral Sawinda), Hj. Laiman Salian (Mayor Salian), Maidin Juhaman (Gook Gimbawang), Lasimin Kobu (Dungkin Kobu), Harun Salian (Boon Salian).
• b. Nosorob : Jahamin Alifaji (Tinggalan Kayat), Jusuman (Konsoi), Kasimin Katoh (Kontugal Katoh), Juriman Katoh (Mogong Katoh)
• c. Kinasaraban : Miasin (dipercayai antara yang terawal memeluk Islam di Ranau).
Selepas itu lebih ramai yang mengikuti jejak mereka dan belajar Islam secara lebih mendalam dengan Shariff Bin Ambik yang bekerja sebagai mandur Estet Getah milik British di Lobou, Telipok.

Antara yang seangkatan dengan mereka di kawasan Ranau seperti berikut:-
• a. Ratau : Mohd. Ali, Samad
• b. Torolobou : Manjun (ayah kepada YB. Datuk Hj. Masidi Manjun)
• c. Waang : Ghani Gunggot
• d. Togudon Lama : Roman, Ajak, Kasuman, Saimin
• e. Randagong : Rizal
sumber Haji Laiman Salian

Mereka yang Pernah menuntut dengan mandur sarif di kampong Lohan 1
1.Almarhum abang Saupin ( Aziz Saupin)
2.Almarhum abang sabin ( Ebin sabin )
3.Almarhum nawawi (yaplin Nanawi)
4.Almarhum Amat ( Jefreddin Amat )
5.EN. Kasibun (Kamil Kasibun)
6.EN Rusdi (Rusining Rusdi)
7.EN Jahalan ( Taufik Jahalan)
8.EN Osman (Bairi Osman)
9.HJ. Rimah (sidi samad)
10dan ramai lagi



Sesungguhnya Muslim itu ialah mereka mengamal syariat Islam yang dijabarkan dalam rukun Islam dan Mukmin ialah mereka menyakini dan mengamalkan rukun Iman. Dari itu agama-agama lain di sini tidak disebar melainkan di Kampung Toboh sahaja


Raden Jaya winata bukan ustaz tetapi telah menyempaikan Islam melalui cara perubatan (Muallij). Pada tahun 1136-1380 M dikatakan pula sheikh sharif Aulia mengislamkan wilayah Deli, Borneo, Filipina, hingga wilayah Mataram.

Atas nama Sharif pada nama Mandur Sharif (1955-1970) ada riwayat mengatakan sekitar tahun 40an, saya mengandaikan bahawa Mandur Sharif ini adalah mewaris sesuatu dari Sheikh Sharif Aulia . mandur sharif bukan lahir dalam keluarga bernama Sharif, dan ada cerita meriwatkan bahawa beliau berasal dari Serawak berbangsa Melanau , biarpun pada dasarnya kedengaran namanya itu di sebut orang dalam bunyi jawa.

Pengaruh mandur sharif kepada mereka-mereka yang pernah bertemu dengan beliau memang hebat biar adakalanya cerita-cerita tersebut tidak dapat di yakini pada masa sekarang.berduyun-duyun lah masyarakat kedazan dusun menuntut dengan beliau.dan dari inilah kononnya bermula penyebaran islam dan ada yang lebih hebat lagi mengandaikan bahawa kalau bukan Mandur Sarif maka mereka tidak memeluk Islam Subahanallah.
Dan amat malang sekali bagi pengemar ilmuan ini, lahir sahaja saya ke dunia ini, saya tidak meminati perkara dan benda ini,sedari awal saya mencarik adat istiadat mereka,Arwah Ayah selalu marah-marah.

yah.. Ketika musim padi masak maka ibu menolong ayah menuai padi, ibu tidak menyangka bahawa hari ini saya mahu keluar dan saya beranggapan barangkali ketika saya lahir ke dunia ini, tidak ada tangisan dari saya . betul tak ibu?
Pada pohonan kayu pelindung yang rendeng (tempat ini masih ada) ibu berehat dari panas mentari,allahu akbar rupanya saya sudah ada di dunia, Ibu memasukan dan mendukung saya di dalam sirung nya. Nenyak barangkali tidurku.. sepanjang jalan tak sesiapa perasan aku ada dalam sirung ibu sehinggalah sampai di rumah.nenek dan datuk saudara pula tak kurang gempaknya, tak percaya… apa itu dalam sirung? anak buluh betung ? terima kasih ibu selamat hari ibu.

Kenapa pada hari ini, anak-anak yang baharu dilahirkan di buang sembarangan? Jahiliah Bangsa arab dan Firaun hanya menanam hidup-hidup bayi lelaki. Ini Jahaliah modren pula tidak memilih bayi lelaki atau perempuan dibuangnya macam buang sampah. Zaman malu mengatasi rasa tanggungjawab, susahnya mengakui kesalahan atau masyarakat kita telah hilang mesra penyayang.

ADAKAH YANG MENARIK MINAT MEREKA DALAM DIRI MANDUR SARIF ADALAH ITULAH ISLAM?
Dan saya ada keraguan tentang adunan amalan mandur sarif dan amalan pak mausa….
Sharif Abu Bakar dalam penerusan dakwah golongan Sharif Awlien di Filipina, telah melaksanakan undang-undang Syarie Islam, berdasarkan kitab Minhaj,Fatthul Qarib, Taqreebu i-intifa,Miratu at-tulab. Sempatkah Mandur Sharif mengajar para peminatnya salah satu dari kitab-kitab tersebut?

Barangkali nama Kitab pun para pengikut Mandur Sharif ini terlepas pandang,sebenarnya semakin lama semakin terlalu jauh jurang perbezaan, seperti mana puasa bulan Ramadhan mereka hanya amalkan pada hari pertama, pertengahan dan hari terakhir, Dan terkadang mendahului pengumuman penyimpan mohor raja-raja tarikh mula puasa dan tarikh sambuatan hari raya.

Dan berbagai lagi karenah yang orang biasa seperti saya kebiasaan terpaksa menghadapinya

Dan satu dalam pemikiran saya, tidakah En. Sadi dan EN. Ali mencampurkan amalan mandur sarif dan amalan pak mausa ...

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru, Coretan untuk Ust. Asahari Muhammad

Seorang kawan mengkhabarkan bahawa beliau mendengar siaran tv 3 menyiarkan Abuya Ust Asahari Muhammad telah meninggal dunia, innalillahi wainnalillahi raajiiun ,al-fatiha untuknya, sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan beliau, biar ada kekaguman dalam diri saya terhadapnya tapi tidak ada desakan rohani untuk menyertai mereka.

Saya sendiri ada beberapa coretan mengenainya,untuk Khabar berita atau perkembangan semasa, saya lambat sikit, rumah macam stor saja.rumah sewa tidak ada Tv, tak ada Radio, akhbar tak beli, Cuma mengharap dari penceritaan kawan-kawan.
Anggaran saya sekitar 1984 atau 1985 ada kawan yang bawa menghadiri ceramah Agama penganjurnya Mantan Adun Ranau Hj. Jirin Seliun, bertempat di salah satu bangunan di kedainya miliknya Pekan Ranau, selapas Solat Magrib kami bertolak ke sana jadi awallah kami sampai dan mengambil tempat yang sesuai, rombongan penceramah itulah pula yang pusing-pusing bersalaman dengan peserta yang hadir awal, wui … rombongan ini.. tak pakai songkok, tapi bulat-bulat besar di atas kepala, baju bersambung dari atas ke bawah, tak pernah saya nampak sebelum ini, ada warna hitam, ada yangberwarna hijau, poket baju ada di bahagian pinggang ,ada lagi selendang di bahu.

Sebelum ceramah bermula dialunkan beberapa buaah lagu, asyik juga saya mendengarnya, penuh feel, tambah pula sedap betul suara pengalun lagu tersebut ,tak pernah dengar lagu-lagu macam ini ,saya memang suka sangat dengar.pada senikata yang mudah saya telah menghafalnya, Selasai lagu tersebut di alunkan baharulah pengerusi majlis memulakan dan memperkenalkan rombongan tersebut.

Pengerusi Majlis menyatakan rombongan tersebut baru tiba dari lawatan di timur tengah, seingat saya dalam rombongan itu ada almarhum Ustaz Asahri Muhammad selaku penceramah ketua rombongan , Ustaz Halim Abas dan Almarhum Ustaz Asri (Nada Murni), rasanya bermula dari situlah bermula adanya markas Al-Arqam di beberapa tempat di Ranau seterusnaya di seluruh Sabah Amnya.

Sebenarnya saya sekitar 1983. Kakak saya yang buta penglihatan dan bersekolah pendidikan khas di semananjung bila pulang bercuti di kampong ada membawa majalah keluaran AL- Arqam, ada beberapa buah nama majalah tersebut, minat juga saya membaca isi majalah-majalah tersebut, Cuma kalau ada tulisan selain rumi tidaklah saya dapat menyebutnya tinggalkan saja.

Dengan Jamaah Al-Arqam ini hati kecil saya kata bukan ini, begitu juga dengan Jamaah Tabliq hati kecil saya tidak minat langsung. Tapi bila bertemu dengan Almarhum Tok Ayah Tasik, hati kecil dan hati besar saya berkata bersepakat Benda inilah yang selalu merisik dan meronta-ronta di dalam hati.

Saya hadir ke Madrasah Irsyadiah sekitar 1990,di sini baharulah saya mengatahui rupanya lagu yang di alunkan oleh rombongan (Almarhum Ustaz Asri )itu adalah Nasyid nama-nama allah (Asmaulhusnah), doa taubat, doa Qhatam quran, dan ada antaranya di dialunkan semasa tahrim Magrib atau Subuh.

Rupanya gelombang Al-Arqam ini kuat,pada tahun ketiga separuh dari pelajar Sabah terutama perempuan beralih dari Madrasah Irshadiah Peneng ke Markas Al-Arqam Sungai Buaya, Peneng. Kuat betul Tarikan Ustaz Nazri Johani (Raihan), Kenapa perempuan ini minat dengan Al-Arqam ? Tidak lama kemudian, ada khabar berita salah seorang dari pelajar perempuan itu, akhirnya setujuh untuk menjadi isteri ketiga.
Rasa bertanggungjawab saya meletak jawatan sebagai Pengerusi Pelajar Sabah, seterusnya bermula dari itu saya berbicara dalam hati ,saya tidak akan menerima apa-apa perlantikan dalam persatuan dan saya tidak akan menyertai mana-mana pertubuhan.

Orang-orang kampong juga telah diwar-warkan bahawa kami ini menuntut di sekolah Al-Arqam, Apa tidak sedihnya ibu-bapa kami bila mendengarnya, apatah lagi mulai telah mulai perkhabaran akan penyesatan pertubuhan Al-Arqam ini oleh kerajaan Malaysia.

Saya menuntut ilmu ini tak ada sokongan moral, apa lagi material dari orang kampung.Kakitangan jabatan Agama Daerah pun tak tolong kempen-kempen, pada hal kami dari keluarga, Ibu bapa kais pagi makan petang, mengorbankan apa yang ada semata-mata agar tamat belajar, Takdir Allah swt saja yang menjadikan saya mampu bertahan menuntut ilmu. Betapa susah dan Sukarnya Menuntut Ilmu.

Cuma dari hati, saya sendiri tidak menafikan adanya kekuatan tersendiri pertubuhan Al-Arqam ini, bertukar ke Rufaqah seterusnya menjadi Ikhwan Global SDN BHD.
1. Macam mana kukuhnya ikatan tarbiah ahli pertubuhan walaupun Almarhum ustaz Asahari dalam Tahanan.
2. Bersaing dan bertahan dalam Jaringan perniagaan.
3. Redha dengan cabaran.

Saya pernah tanyakan pada Tok Ayah Tasik hal Darul Al-Arqam, Jawapannya, jika pokok Durian penyakitnya bukan di Akar atau Batang usah di tebang, sayang. Cantas buang saja dahan atau ranting yang berpanyakit.

Friday, May 7, 2010

salam hari pekerja, saya minat dengan Abjad tapi saya konfius sikit ...

Saya menerima mesej pertanyaan berkaitan ABJAD dari Facebook Syurga Iman yang katanya berminat mengikuti ABJAD Cuma masih ada beberapa persoalannya . Beliau juga dah membaca ruangan Abjad Sabah ini. Asasnya katanya beliau pernah Belajar Seni Silat Cekak Hanafi dan faham saya barang kali beliau ini ada menerima dan beramal dengan petua-petua amalan keluarga turun temurun.

Antara persoalanya ialah beliau kata tak sempat habis semua ilmu? kenapa mesti ambil amalan ilmu dari GURU ABJAD sahaja kat saudara mara tak le kah? Dan Ahli Abjad macam serius sanggat dalam beramal?

Pada kebiasaan saya tidak akan menjawab persolan dalam bentuk sms atau panggilan, namun.. alahai .. jiwa lelaki kalau hal perempuan biasanya terlebihlah sikit,eewa… jawab jugalah saya sedikit sebanyak mengenai mana yang saya rasa sesuai, dan saya mengerti beliau tidak menemui sesuatu yang dicarinya , kerana yang di cari itu berada di dalam hatinya sendiri.


Dan masih menganggui saya. Adakah saya ?
saya telah jawab pertanyaan tadi Sebagai Lelaki ?
saya telah menjawab pertanyaan tadi sebagai Ahli Abjad ?
sayatelah menjawab pertanyaan tadi sebagai Badal Sabah?

“Tok Ayah Tasik kalau berbicara dan di Tanya dalam telipon pasti katanya mai peneng, jangan bertanya dalam telipon payah nak habaq.”

Niat saya bila menceritakan hal berkaitan Tok Ayah Tasik ini. ialah sebagai sedekah Jariah beliau yang masih berlegar –legar di dunia ini, pada masa yang sama ia juga di antara penghasilnya yang sentiasa mengalir kealam yang kekal Abadi itu.

Bila mati anak adam ini, terputuslah bagi mereka itu melainkan tiga,
1. Doa anak-anak Yang Soleh soleha
2. Harta yang dinafkahkan di jalan Allah
3. Ilmu yang memberi menafaat

Modereter Blog ini pernah juga habaq kat aku, Tulisan dalam blog ini lain dari blog negeri lain, Tak komplenkah nanti orang ? dan seingat saya barangkali, belum saya jawab soalan ini.

Apa pun pada saya segala persepsi dan lontaran idea yang saya persembahkan tidak semestinya itulah haq, iktikad mahupun pegengan,kita masing-masing mencari dan mencari ,kita kongsikan pengalaman itu,berlari atau berlenggang dalam menuju ke destenasi utama, kekurangan dan kelemahan sebagai makhluk berjenama manusia sentiasa tetap mengiringi ,ingat memperingati , seperti dalam surah wal-ashr.

Pertubuhan Seni Silat Abjad Malaysia Bila Bertapak di Daerah Ranau. Ia tidak ada memiliki langkahan hulubalang yang utama Melainkan Langkahan Jabat 14 Versi Ranau.jawatan kuasa padang sedang dalam perancangan membina imej untuk di persembahkan dalam perasmian cawangan kelak.

Dan rata-rata ahlinya telah pernah mempelajari dan mempunyai asas langkahan hulubalang yang telah di pelajari secara sah dari perguruan silat lain sebelum menyertai pertubuhan seni silat Abjad ini. dan tiada larangan dan tegehan bagi mereka mewarisi dan beramal dengan warisan mereka itu didalam pertubuhan ini.

Pertubuhan cawangan mengalu-alukan adanya ahli yang sudi menyumbangkan dan mengembangkan langkahan mereka ini dalam pertubuhan cawangan ini. Saya kutip kata Saudara Sukri Peneng Siku 14. “Saya hanya mampu berdakwa melalui silat” jadilah ilmu yang memberi manafaat.

Penekanan Pertubuhan dalam Pewarisan Ilmu pula, ialah menekankan pada salasilah iaitu semua ilmu atau amalan hendaklah jelas salasilanya sampai kepada Rasulallah Saw. Pertubuhan melarang ahlinya mengambil, menerima mencedok ilmu, wirid serta jampian yang tidak jelas salasilahnya, manakla bagi mereka yang telah beramal dan menerima wirid serta jampian sebelum menyertai PERTUBUHAN ABJAD hendaklah juga mensahikanya kepada WAKIL GURU sama ada mempunyai salasilah yang jelas sampai kepada Rasulallah Saw.

Dalam beramal pula tidak ada penekanan keseriusannya, bergantung pada rasa hendaknya sendiri nak buat, buat atau tak nak buat pun tak jadi hal, tak jadi pantang atau ada dosa meninggalkanya pun, contohnya jabat 14 disarankan di buat 3 kali sehari semalam, nak buat satu kali sehari , nak buat setahun sekali atau tak buat langsung pun tak jadi hal.

Saya lebih tertarik mengatakan apa-apa yang kita wiridkan ini sebagai aksesori hiasan amalan yang wajib kita sebagai umat islam yang ingin menuju martabat mukmin mukminat, atau kerja tambahan untuk mendapatkan income lebih dari orang lain.
Pembawaan orang beramal pula, memang bermacam-macam karenahnya dan ragamnya, biasalah lah tu.. bersenandung sufilah katakan,tak kita boleh cadang apa-apa time ni, memang masing-masing layan feel ,seperti orang perempuan, sebulan ada suhunya tak menentu, belum masuk lagi pembawaan orang yang hamil seminggu, sebulan, tiga bulan dan pra lahir.

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback